Tuesday, June 17, 2008

Penerangan kepada Hawa melalui e-pos

salam 'alaiki

seperti yg di sms-kan sebelum ini....

secara ringkas dan untuk dipermudahkan...

takaful, perkataan arab yg bermaksud saling membantu. so, takaful yg kita nak bincang ini ialah suatu instrumen ekonomi yg menguruskan risiko bagi pihak insured (pencarum2) oleh insurer (syarikat insurans atau takaful ikhlas dalam perbincangan kita)

mudahnya...semua pencarum menyimpan di dalam insurans atau takaful, syarikat akan menguruskan caruman, menyediakan perkhidmatan berdasarkan keperluan produk dan memantau perjalanan polisi. sekiranya salah seorang dari peserta insurans/takaful tadi mengalami peril seperti sakit atau kematian atau hilang upaya maka syarikat akan membuat bayaran sepertimana yang termaktub di dalam persefahaman yg juga secara kontraknya terdapat di dalam polisi insurans/takaful.

macam kita main 'kutu', apabila seseorang mendapat cabutan awal maka dia mendapat sejumlah wang terkumpul yang mana nanti bolehlah dia gunakan untuk tujuan tertentu bagi dirinya.

manakala ikhlas saving takaful pula ialah salah satu produk takaful ikhlas sdn bhd.

kenapa perlu mencarum di dalam takaful? kita ambil kefahaman dari sistem insurans... insurans adalah instrumen/alat/wasilah untuk menguruskan aset dari kerugian akibat dari peril risiko. peril ialah sebab kepada berlakunya sesuatu. misal: kebakaran,kecurian dsb. maka difahami kebakaran adalah peril kepada kerugian. begitu juga kecurian dan kematian.

di dalam insurans dan takaful, ada beberapa aset atau kedudukan yang boleh di insuranskan misalnya rumah, tanah, perniagaan ,pekerja atau berkait dengan hubungan yang istimewa seperti anak, isteri dan adik beradik.

seperti yg kita tahu, takaful ini datang kemudian dari insurans. mengapa jadi begini?

pada tahun 70-an persidangan ulamak di azhar telah menelaah sepotong ayat al-quran dari surah al-baqarah yang mengkehendaki seorang suami berbekalan selama setahun sekiran-kira berlaku sesuatu kepada dirinya sebagai simpanan keperluan untuk isteri, anak2 dan keluarganya.

pendek kata, pihak orientalis-kapitalis-konvensional ini telah terkedepan mengkaji dan mengaplikasikan al-qur'an dalam kehidupan mereka. maka datnaglah suatu sistem yg kita kenal sebagai insurans.

tetapi alhamdulillah berkat telaah ulama2, kita pada hari ini tidak ketinggalan dan kekurangan apabila datangnya sistem takaful ini. kalau nak tahu, malaysia adalah model dan player dalam industri takaful di dunia sekarang ini.

lagi sebagai tambahan, ana quote dari soal jawab menerusi emel

Banyak sekali dalil-dalil yang menjurus kepada perlunya sistem sebegini,
antaranya [maksud]:

i)" Bekerjasamalah kamu di dalam kebaikan dan jangan bekerjasama dalam dosa
dan permusuhan" [al-Maidah, ayat 2].

ii) "Tinggalkan anak dan isteri dengan kesenangan itu lebih baik dari
tinggalkan mereka dalam keadaan meminta-minta" [Hadis riwayat Bukhari].

iii) "Sesungguhnya orang yang beriman ialah sesiapa yang memberi keselamatan
dan perlindungan terhadap harta dan jiwa manusia" [Riwayat Ibnu Majah].

Untuk menjadikan konsep Takaful sebagai suatu ibadat yang mematuhi anjuran
yang diberikan oleh dalil-dalil di atas, para peserta hendaklah diingatkan
untuk beramal dengan konsep Tabarru', iaitu niat atau maksud untuk membuat
kebajikan, membuat derma bersyarat dan mengurnia dengan redha. Beza dasar
antara tabarru' dengan derma hanyalah, ia dikutip sebelum malapetaka berlaku
manakala derma selepas itu.

Dengan berlangsungnya penghayatan konsep tabarru' ini, maka tentu sekali
penipuan dan ketidakadilah akan cuba dielakkan oleh para peserta kerana wang
sumbangan tersebut bukanlah hak syarikat. Syarikat cuma berperanan sebagai
pengendali dana. Bahkan semasa di dalam dana ini, ia juga bukan hak
penyumbang, tapi hakmilik bersama para peserta, diguna untuk konsep
tolong-menolong. Walau bagaimanapun, oleh kerana ia derma bersyarat, wang
sumbangan itu adalah tetap menjadi hak peserta, (cuma dipinjamkan untuk
tabung bantuan), maka sebarang keuntungan oleh pihak pengendali dana
(syarikat Takaful) hendaklah dikongsi bersama dalam konsep mudharabah
(perkonsian untung). Apabila tamat tempoh, wang sumbangan itu serta sebarang
keuntungan yang diperolehi akan dipulangkan kepada peserta.

Oleh kerana wang sumbangan itu akan diletakkan ke dalam dana takaful, dan
cuma dikendalikan oleh syarikat takaful, bukan dimilikinya, maka konsep agen
takaful juga berbeza dengan agen insurans, agen takaful bukan menjual
insurans, tetapi mengajak orang menyertai sistem takaful tersebut.

Menyedari kepentingan takaful inilah sebenarnya yang menarik minat saya
untuk berkecimpung dalam bidang ini, untuk mengajak seberapa ramai yang
boleh untuk menyertai sistem Takaful, di samping ia menjamin persediaan
kewangan untuk keluarga kita, ia juga adalah suatu bentuk ibadah, untuk
menerapkan sikap bantu-membantu sesama kita.

apa beza takaful dan insurans? atau apa lebihnya takaful?

insurans secara umumnya kalau kita carum dan berlaku 'apa-apa, maka kita dapat buat tuntutan. tapi kalau tak berlaku 'apa-apa' maka caruman kita tadi burn' atau hangus

manakala ikhlas saving takaful ni kita menyimpan dan dalam masa yang sama kita dilindungi oleh polisi syarikat mengikut persefahaman kita semasa pembinaan polisi ketika mula-mula kita berbincang dengan ejen kita. bukan setakat itu sahaja, duit yang kita simpan tadi diniagakan dan dipulangkan bersama-sama minima 6% dividen.

ambil contoh Ali, bukan perokok dan berumur 25 tahun mencarum sebanyak RM100 sebulan selama 25 tahun akan layak mendapat sepertimana yang terkandung didalam polisinya seperti berikut:
1. manfaat perlindungan keluarga RM50K
2. penggantian pendapatan RM71K
3. dana penyakit kritikal tambahan RM30K
4. pampasan kemalangan RM21K
5. khairat kematian RM1K
6. manfaat harian hospital RM100 sehari
7. pelepasan cukai
8. simpanan RM53K (caruman terkumpul dan tambahan oleh dividen tadi)

dari senarai manfaat di dalam polisi yang di carum oleh Ali tadi, sekiranya berlaku:
1. Ali meghidap penyakit kritikal (ada 40 penyakit kritikal yg dilindungi oleh syarikat) maka Ali akan mendapat dana penyakit kritikal tambahan RM30K dan manfaat harian hospital RM100 sehari. disamping Ali tidak lagi perlu terus mencarum RM100 sebulan, dimana polisi akan berjalan dengan sendiri kerana dibayar oleh syarikat dan selepas 25 tahun Ali akan mendapat lagi RM53K dari simpanannya (setelah pelepasan cukai dan zakat simpanan dibayar), sekiranya Ali tidak meninggal.
2. Ali meninggal, maka pewaris atau penama yg biasanya keluarga akan mendapat manfaat perlindungan keluarga RM50K, penggantian pendapatan RM71K dan khairat kematian RM1K, selain dari manfaat2 yg telah Ali dapat terlebih dahulu pada no. 1 di atas.

ataupun sekiranya:

3. Ali kemalangan, maka Ali mendapat pampasan kemalangan RM21K dan dan manfaat harian hospital RM100 sehari. disamping Ali tidak lagi perlu terus mencarum RM100 sebulan. selepas 25 tahun Ali akan mendapat lagi RM53K dari simpanannya (setelah pelepasan cukai dan zakat simpanan dibayar), sekiranya Ali tidak meninggal.
4. sekiranya meninggal sama seperti no di atas. atau,
5. sekiranya Ali hilang upaya mutlak / lumpuh akibat kemalangan Ali akan mendapat penggantian pendapatan RM71K, pampasan kemalangan RM21K. selepas 25 tahun Ali akan mendapat lagi RM53K dari simpanannya (setelah pelepasan cukai dan zakat simpanan dibayar), sekiranya Ali tidak meninggal. juga RM100/ sehari bagi kes yg dirujuk ke hospital.


(boleh klik pada gambar kalau nak dibesarkan)

ini adalah ilustrasi polisi bagi Ali (yang diambil sebagai contoh). hawa juga boleh membuat ilustrasi polisi sendiri dengan mengisi beberapa butiran berikut ke dalam attach file excel yg hawa kena donlod terlebih dahulu. buitr2nya:
1. nama
2. besday
3. gender
4. smoker?
6. jumlah pendapatan setahun
7. term iaitu tempoh caruman yg dikehendaki
8. manakala basic plan and rider details tu hawa boleh manipulate sendiri. katalah bajet nak saving RM100 sebulan. item2 yg diletakkan sebenarnya dah formulated generate. hawa akan dapat lihat perubahn pada monthly contribution setiap kali hawa manipulate mengikut bantuan popup nota yang juga di-generate-kan.

secara umumnya excel file ni ada 2 sheet iaitu info fan benefit. secara defaultnya berdasarkan last saved, sheet yg akan keluar ialah sheet info. setalah hawa dah manipulate, hawa direct ke sheet benefit. di sheet itu nanti (seperti yg ana ngada-ngada manipulate untuk hawa), kedapatan pada tahun iaitu duration/dur ke-17 polisi sudah matang. bermaksud hawa dah boleh memilih untuk berhenti mencarum kerana tempoh matang dah lepas. bila hawa berhenti, simpanan caruman bersama keuntungan dividen tadi akan dipulangakan kepada hawa dan polisi perlindungan tadi telah ditamatkan.


(boleh klik pada gambar kalau nak dibesarkan)

tetapi sekiranya hawa memilih untuk terus, maka segala terma polisi masih terus berjalan seperti biasa.

saya rasa setakat itu lah dahulu. harap dapat baca slow2 dan faham. kalau masih ada yg nak ditanya atau sebarang kesamaran, reply balik emel ni saja.

Sunday, May 25, 2008

Angan (cita-cita) adalah langkah pertama kejayaan.



Baru-baru ni aku kembali terfikir untuk menjadi ejen Takaful Ikhlas setelah sekian lama aku mengikuti beberapa kelas sebelum ini dan pernah juga mengisi borang untuk ambil exam sebagai ejen insurans / takaful.

Cuma kebelakangan ini, perasaan itu kembali dan ingin direalisasikan. Harap-harap langkah yang aku orak kali ini membuahkan hasil seperti yang dicitakan. Alah, cuma part time agent saja.

Ada rezeki lebih, ada lah sumbangan yang lebih kepada jemaah.

Lagipun, maksud kepada hadis di bawah:

"Inn at-yaba ma akalar rojulu min kasbih(i)"

"Sesungguhnya apa yang sebaik-baik dimakan bagi seorang pemuda (maupun pemudi) adalah dari hasil tangannya "