IKHLAS SAVINGS TAKAFUL
merupakan pelan berbentuk pelaburan yang menyertakan keuntungan yang akan diagihkan kepada para peserta. Ia merupakan pelan unggul yang menyediakan dana simpanan, memberi pulangan ke atas pelaburan dan turut menawarkan perlindungan kepada peserta. Pelan ini direka untuk mengoptimumkan kadar pulangan terhadap pelaburan kepada peserta.
IKHLAS EDUCATION TAKAFUL
direka khusus untuk menyediakan jaminan jangka panjang demi masa depan anak anda bagi memastikan keperluan pendidikannya terjamin.
IKHLAS HAJJ SAVINGS TAKAFUL (IHST)
Pelan ini dipakejkan sebagai pengumpulan dana bertujuan menunaikan ibadah Haji atau tujuan murni. Perlindungan yang disediakan untuk pelan ini termasuk faedah-faedah kematian dan hilang upaya kekal menyeluruh serta faedah penyakit kritikal..
IKHLAS LIFESTYLE TAKAFUL
merupakan pelan perlindungan tahap perseorangan yang menyertakan keuntungan untuk diagihkan semula kepada para peserta. Pelan ini direka untuk memberi perlindungan ke atas kematian dan kehilangan upaya kekal dan menyeluruh peserta sebelum tempoh matang sijil. Tempoh Sijil adalah dari 5 hingga 42 tahun dan sumbangan perlu dibuat sehingga tempoh matang sijil. Pelan ini direka khusus untuk memberi jaminan perlindungan kepada anda dan yang tersayang di kala menghadapi saat-saat ketidaktentuan dan kegetiran kehidupan. Manfaat tempoh matang merupakan jumlah sumbangan terkumpul (bersih daripada sebarangan caj) di dalam Akaun Pelaburan Peribadi (PIA).
IKHLAS Capital Investment-Linked Takaful
Kini, hanya dengan sekali caruman sahaja, anda berpeluang mendapatkan pulangan yang lebih lumayan ke atas pelaburan anda menerusi IKHLAS Capital Investment-Linked Takaful, iaitu sebuah pelan yang memberikan tambah nilai kepada modal serta perlindungan secara serentak. Terdapat tiga (3) jenis dana untuk pelaburan, yakni Dana Pertumbuhan, Dana Seimbang serta Dana Pendapatan Tetap.
IKHLAS Wanita Takaful
Dalam kehidupan dunia hari ini yang sukar diduga, adalah penting untuk merancang masa depan agar ia lebih terjamin. IKHLAS Wanita Takaful telah dirangka buat wanita yang berumur di antara 16-50 tahun dengan 4 pelan berbeza agar dapat disesuaikan dengan keperluan hidup yang berbeza.